Monday, March 21, 2011

Tarbiyah Ini..

Dengan nama Allah yang jiwaku ada di tanganNya..Demi kemuliaanNya dan keagunganNya yang telah melambakkan nikmat-nikmat yang tidak terperi manis dan sarat dengan cinta..

Demi Dia yang mencipta saya dari setitis air mani yang sangat hina.Lalu dengan kehinaan itu,saya telah tambahkan lagi dengan kehinaan yang jijik dan keji di zaman muda yang jahil..Dan dengan kehinaan yang begitu rendah itu,Dia dengan selautan rahmatNya mencampakkan saya ke atas jalan yang dilalui Rasul dan para sahabat..

Andai dapat saya membuat analisa ke atas diri sendiri,sungguh mata ini tidak dapat melihat walau satu value yang boleh melayakkan saya menjadi seorang daie yang menyeru kepada yang haq:yang tidak akan pernah malap cahayanya malah sentiasa gilang gemilang mengeluarkan manusia daripada kedhaifan jiwa yang memenjarakan nyawa melalui suara-suara dan titis-titis darah peribadi-peribadi mulia..

Aneh sungguh keimanan itu..ia menghasilkan senyuman yang sangat ditagih walau air mata tidak berhenti mengalir..aneh sungguh keimanan itu,ia tidak menghentikan langkah ketika kaki tiada lagi untuk ditapakkan..aneh sungguh keimanan itu,ia membuat kita semakin bahagia dalam derita mata manusia..

Cita-cita saya adalah cita-cita Rasul yang dicinta..cita-cita saya adalah setiap pemuda dan pemudi islam yang menapak di liku-liku jalan,apabila melihat kebatilan,mereka terus meludahnya dan mencampakkannye jauh-jauh supaya tidak dilihat dan ditemui oleh siapa-siapa pun..impian saya adalah untuk berada di saf yang pertama yang mendabikkan dada untuk dibedil dan dirempuh dalam gerabak kebenaran yang akan mencelupi seantero dunia..walau hina mana pun saya,saya ingin memaut tangan mereka dan berdiri di sisi mereka walaupun saya tahu kehadiran saya hanya mampu mempercepatkan gerabak ini dalam sela masa beberapa detik sahaja..harapan saya adalah dosa-dosa yang bergunung-gunung di zaman muda dulu dapat Allah cairkan dan hancurkan sebagaimana hancurnye gunung di hadapan Musa a.s. ketika Allah mempamerkan zatNya..

Dihadapan saya ada 33 individu yang masih punye hak mereka ke atas saya..Di hadapan saya ada bumi yang menanti untuk dibalas jasanya kerana padanya lah saya bertemu cinta Ilahi..Namun nun di sana,satu wajah yang saya sangat dambakan untuk berkhidmat padanya..wajah wanita yang tak pernah mengadu sakit peritnye pada anak-anak..wajah yang memikul seribu satu derita yang tidak pernah dikeluhkan..wajah yang saya sangat-sangat sakit menahan kerinduan padanya..Tapi di sini,di sini ummah menanti untuk dipertemukan dengan cinta Ilahi..cinta yang sama yang menggoncangkan jiwa saya hingga si zalim yang jahil mendapat peluang memegang panji Islam yang mulia..Di sini,bumi ni menanti pewaris-pewaris..Usaha saya masih belum cukup..tapi kerinduan ini sangat menyesakkan dada..Jiwa ini masih menyala hamasnya,dan ia masih menjerit untuk terus melajukan dan memperkuatkn ayunan pedang yang mencantas kezaliman dan kejahilan dari muka bumi ini,kerana dia tahu,jasad ini tidak lama tahannya..sendi-sendinya yang pernah terkoyak sedang berdarah..sulbahnya yang bertahan hannya dengan izin Allah ia bertahan..sudah tidak ada kekuatan padanya..tapi jiwa ini,akan tetap memilih panji yang dipegang kerana saya tahu dan yakin,syahidnya saya untuk Allah bererti tempat di syurga untuk bonda..

Ya rabb..segala amal-amalku,andai terselit pahala,andai terlahir keikhlasan,setiap keperitan yang membawa belas ihsanMu,aku mohon segalanya Kau letakkan pada sisi ibuku..Kau kasihilah dia setiap masa..walaupun satu zarah amalku jangan Kau sisakan melainkan ia sebagai tiket kebahagian ibuku di jannahMu..amin..

1 comment:

  1. k. zira...
    best sgt2...
    moga hajatmu tercapai..
    insyaALLAH..
    may ALLAH bless u always...

    ReplyDelete