Saturday, June 11, 2011

Bermusafir

dh lama tulis ni tapi tak berkesempatan nak post..

29th May 2011..

Saya menghafal bait kata-kata ini di dalam kereta ketika kami pulang dari jaulah ke pantai timur..Rumah mutarabbi yang terakhir adalah di gua musang kelantan..masyaAllah pemandangan felda dan kawasan bukit di situ sangatlah mengasyikkan..kebetulan ketika kami mula melangkah keluar dari kediaman mutarabbi saya itu, hari sudah mula menjejak senja.cuaca sedang berguruh dan kilat tanda rahmat ilahi akn membasahi bumi..kami tinggal berempat di dalam avanza milik ikhwah dan zaujahnya..masuk je kereta,masing-masing mula melelapkan mata..haha,hairan,90% perjalanan ini sayalah supirnye tapi alhamdulillah,kepenatan yang saya alami tidak seberat penumpang yang lain..lena mereka adalah kerehatan saya..kerana ketika itu hanya ada saya dan alam ciptaan Allah ini..ingin sekali saya membunga-bungakan kata-kata saya ini agar setiap yang membaca turut merasai belaian lembut Allah pada hati saya melalui alamnya ketika itu..hairan kerana kebanyakan orang sering mengelak dari memandu..lagi-lagi perjalanan yang jauh tapi bagi saya,detik memandu lah detik saya memuhasabah diri,mengingatkan matlamat,merefresh niat dan yg paling penting merindui Allah dan rasulNya..tak lain dan tak bukan,alam memainkan peranan dalam memutikkan perasaan2 ini..seolah-olah mereka mengalunkan zikrullah-zikrullah yang penuh dengan rasa cinta dan kerinduan yang amat mendalam..

hujan mula turun..emm butirannya agak besar..petanda hujan kali ini lebat..jika bukan kerana penglihatan saya terhalang,sudah saya membiarkn butiran-butiran itu jatuh memecah ke tingkap kereta lalu melerek ditiup angin..begitu asyik rupanya..begitu indah..setiap titis itu adalah rahmat..dan saya sentiasa cuba memanjatkan doa pada setiap butiran hujan yang jatuh itu..saya sangat suka memandu..lagi-lagi bukan di kotaraya..bumi johor dan kuala lumpur begitu menyesakkan..saya jarang merasa tenang berada di dua kawasan ini..tapi apakan daya,dua bumi ini terkandung tarbiyah yang saya sangat butuhkan..dan tak lupa hutang yang saya perlu lunaskan..apabila umur mula mencecah suku abad,ada satu beban yang terhinggap..jujurnya jiwa ini tidak mendambakan pernikahan kerana beban-beban lain sudah cukup memberatkan..dan saya juga punye satu impian yang saya dambakan..tapi entah kenapa beban pernikahan ini mula membuatkan saya merasa perlunye saya bersedia..dan pemanduan balik kali ini memang mengorek benak minda dan hati saya dalam-dalam tentang persediaan untuk menghadapi pernikahan ini..perlunye saya menyediakan pelapis..perlunye saya bersedia mental dan fizikal..perlunya saya mencari kekuatan utk tdk walau sekali mengenepikan dakwah..perlunye saya berfikir tentang bagaiman nak m'approach mad'u utama saya nanti iaitu pasangan dan anak-anak..apa persiapan saya utk terbiyah berpanjangan mereka..tiada siapa yang dapat memberi jaminan kita akan dapat pasangan yg sefikrah atau sejamaah..entah kenapa,saya tidak terlalu berharap utk itu..andai dapat alhamdulillah..andai tidak alhamdulillah..kerana pucuk pangkalnye diri kita..saya melayari blog-blog ikhwah akhawat yg baru mendirikan rumah tangga..ada kala saya rasa,orang bertarbiyah perlu lebih menjaga akhlak walaupun dalam penulisan mereka tentang nikmat berkahwin..hahahaha,saya menganalisa perasaan ini..adakah ia cemburu??? emm alhamdulillah,tidak..tapi kurang selesa kerana melambak akhawat di luar sana yg usianya sudah mencecah emmmmmm namun diuji dengan jodoh yg lambat..apa agaknya perasaan mereka ketika melihat dan membaca keasyikan akhawat dan ikhwah yg sedang masyuk dilemaskan dengan cinta halal itu? ibadah tidak akan menggusarkan hati sesama muslim..kerana islam ini kaya dengan akhlak yang mendamaikan pengamal dan pelihat amalan..

alam ini juga bercinta sesama mereka..hujan ini bercinta dengan angin yg bertiup..awan itu sentiasa dilamun cinta di kaki langit..purnama sentiasa mencintai gemintang..namun percintaan mereka mendatangkan kedamaian pada umat manusia..mungkin kita belum merasa apa yg mereka rasa..kefanaan cinta fitrah..tapi kita yg belum merasa inilah yg berada di dalam kerasionalan akal dn pertimbangan..


pinggang mula mencucuk..tapi hati ini sangat damai..mungkinkah kita akan bertemu kembali wahai alam yang mengingatkan diri tentang si pencipta yang tekun mencintai...cinta ini dibalas..rindu ini disahut...satu hari nanti janji akan dipenuhi..maka bertemulah dua kasih sejati..antara ilahi dan si abdi...satu hari nanti.......:-)

No comments:

Post a Comment