Sunday, November 20, 2011

Ahsanu Amala..

 “Sesungguhnya harta benda, jika dikumpul daripada kekotoran dagangan dan jalan-jalan yang syubuhat, dia akan menuntut dari jiwa kita supaya memenuhi kehendaknya, maka kita akan lakukan amal yang zahirnya nampak soleh, pada hal Allah enggan menerima kecuali daripada orang-orang yang bertaqwa.”
-Basyar bib al Harith al Hafi-


demi Allah yang mencipta adam dari segumpal tanah..yang mencipta manusia dari setitis air yang hina...


setitis air je..hina plak tu...saya berhenti menaip sekejab dan melihat jari jemari ini yang bergerak..saya boleh kawal ia untuk genggam dan buka..tapi saya tak tahu bagaimana saya mengawalnya..saya memberi arahan dalam hati,"Genggam!"..emm die tak genggam pun...memang la otak kita yang kawal tangan ni melalui saraf la ape la,punya la panjang explaination die dlm bahasa perubatan..still,saya tak dapat rasa bagaimana saya mengawal tangan ni..emm nampak sangat mudah tapi tak ada rasa langsung,lebih mudah untuk ia hilang kawalan...


tengkuk saya sangat sakit,bahu saya sangat stiff,sepanjang tulang belakang saya bengkak dan berdenyut..tapi,kepuasan yang saya dapat semalam dan hari ini,adalah jauh lebih baik dari kinder bueno di saat hazelnut creamnya menyaluti seluruh lidah,dari lobster masak cili kering yang sangat luxurious dan jauh lebih masyuk dari tilam dan bantal yang empuk setelah lebih 16 jam tidak lena...segala suis lampu-lampu jalan di tengah malam pekat dalam jiwa saya TERBUKA..seperti seorang yang berjalan berhari-hari tanpa minuman dan makanan di padang pasir yang panas terik menemui oasis yang dingin dan nyaman lalu ia merendamkan badannya ke dalam oasis itu dan ketika ia naik ke pinggir,seekor burung muda telah siap dipanggang untuk dijamah..saya dahagakn dan laparkan ilmu yang menyentap segenap ruh dan semalam hingga hari ini,Allah menurunkannya..


its raining...."ya Allah,untuk setiap titis rahmatMu yang turun membasahi bumi,aku memohon ketenangan,kekuatan untuk terus mentaatimu,keyakinan kepada janji-janjiMu dan kebahagian pengabdian kepadaMU..amin"


saya mulakan entry ini dengan ungkapan penuh bermakna dari basyar al harikh al hafi kpd anak muridnya yang meminta izin utk menunaikan haji kedua kalinya..amal yang ikhlas bukan sahaja perlu bebas dari kecenderungan kepada manusia lain,allahyarham ustaz rahmat abdullah di dalam bukunya  untukmu kader dakwah(buku kegemaran saya!! hikhik) yang mengupas secara ringkas tentang arkanul baiah,di bawah kupasan rukun kedua iaitu al-ikhlas menyatakan tentang dua maqam orang-orang yang baik amalannya..golongan pertama adalah mukhlis yakni orang-orang yang memelihara amalnya dari pandangan makhluk lain..golongan yang kedua adalah siddiq yakni orang-orang yang memelihara amalnya dari pandangan nafsunya sendiri..saya baca buku tu tahun 2007,setahun sebelum saya sakit dulu,dan baru hari ini saya memahami erti "memelihara dari pandangan nafsu sendiri"..setelah satu hari setengah dibengkelkan,dan penemuan ungkapan basyar sekejab tadi,hati saya kini memahami bahawa ikhlas itu bukan sahaja perlu bebas dar mata-mata manusia dan kecenderungan dunia tetapi juga perlu bebas dari kepuasan diri sndiri dalam melakukannya..


amal-amal baik yang ingin kita lakukan bukan sekadar perlu tampak soleh pada zahirnya tapi perlu kita tahu setelah kita menilai,menganalisa,dan memahaminya secara total tentang keutamaannya dan impactnya pada ketika itu..soal priority kini mula berhubung kait dengan segala aspek lain tentang amal...bukan kerana kecenderungan kita dan kepuasan kita yang menjadi ukuran tetapi manfaat dan prioritynya pada keadaan tersebut...


now it makes sense..bila tertubuhnya SISTERS IN ISLAM,yang memperjuangkan hak wanita hingga sanggup memijak syariat islam(saya tak tau knp mrk gelar sisters in islam tp menentang tuntutan islam,baik gelar sisters of malays) dan beraninya tanpa segan silu keinginan melaksanakan SEKSUALITI MERDEKA,maka hari ini keyakinan saya semakin berlipat ganda bahawa amal dakwah untuk menyantuni ummah dengan kasih sayang adalah yang paling utama berbanding amal lain..


lets work for it!! mula memahamkan diri sendiri,cuba membantu memahamkan orang lain dan sama-sama kita bersatu sebagai ummah yang faham...kalau takut sesat atau terikut ajaran sesat,jom join usrah!!! 


wasalam..

No comments:

Post a Comment