Friday, November 18, 2011

Tentang Sarah Saidin..

assalamualaikum wbt..

dengan nama Allah yang memegang jantung yang sedang berdegup ini..demiNya yang melimpahkan kasih sayang di hati manusia..demiNya yang mengetahui segala yang telah berlaku,sedang berlaku dan bakal berlaku..demiNya yang mencatur segala urusan di dunia hatta tidak ada sehelai daun yang gugur pun di muka bumi ini tanpa pengetahuan dariNya..

aku bersaksi bahawa jiwa ini,tubuh ini,segala yang dicintai,segala yang ada disisi adalah milik mutlak Allah swt..

individu ini mengganggu hidup saya la..kerana dia,saya terpaksa memuhasabah diri siang dan malam..dia menjadikan saya malu berdepan dengan Allah swt..kita biase mendengar kisah nabi ayub yang diuji Allah dengan penyakit kulit..saya antara yang membacanya tapi tidak menghayatinya..kisah itu seolah-olah jauh dari saya..tapi kisah cik sarah ni mengingatkan saya pada kisah nabi ayub dan menyentap ketenangan saya kerana saya baru memahami apa yang ingin disampaikan Allah tentang hidup nabi Ayub as..

antara benda wajib utk digoogle adalah blog..normally kita type tajuk@phrase yang kita nak dan dia akn suggest blog-blog yg berkaitan..berbeza dengan blog ni http://akudanlymphoma.blogspot.com ,dia kuar ketika saya dan teman menggoogle utk mencari jam tangan..xde kaitang langsung..

dia sakit cancer..hodgkin's lymphoma..byk kali saya baca tentang artikel penyakit ni tp saya tetap tak faham..biology and me are just nt meant to be kot..yang saya tahu its about the white blood cells..masa mama saya tanya ape cancer ni saya jawab mcm leukimia kot,so die tahu tu cancer darah..saya pun tak sure sebab tu ade "kot" di hujung jwpn..blog http://akudanlymphoma.blogspot.com ni main event die bukan tentang penyakit tu sangat,saya tak pasti sarah sedar atau tak,main event dia adalah tentang the battle between her and the cancer,its kinda detail about what shes going through,seolah-olah kita rasa mood dia bila dia nampak apparatus pelik-pelik semasa treatment dia,ngilunye bila jarum sebesar mata pen menikam tubuh dia,tentang branula yang myakitkn dia,tapping yang sangat dasyat,em apa lagi,how she is so relieved bila dia tertidur,its an escape for her dari melihat dan merasai treatment yang........emm xtau nak describe..tapi sume yang berbaur negative di sini diekspresikan dengan sangat positif oleh pemilik blog..sangat positif wlaupun masa tu dia sedang bagitau kita yang dia habis sekotak tisu kerana menangis sakit..walaupun dia sedang bagitau kita tentang dia dah siap2 nangis sebelum treatment tu mula pun sbb tlalu takut..u shud try to klik the link and read it..lagi-lagi para daie di luar sana..kita ni para daie buat kerja yang kita tak pernah ragu kan?kita sangat yakin ini jalan terbaik dan jalan yang sebijik macam Rasulullah buat..bahkan bukan Rasulullah saw sahaja,para nabi lain dan sahabat juga..jadi sifat positif tu kita memang kena wajibkn pada setiap tutur kata dan akhlak..walau seberat mana pun..ini baru diuji dengan masalah ukhwah dah tidak sanggup solat berjemaah bersama,tidak sanggup membaca mathurat bersama..seandainya tentang perkara menundukkan diri pada Allah pun kita ego dan angkuh untuk bersua maka apa lagi andai saudara kita sendiri kena cancer,adakah kita akn biar dia begitu sahaja?

ujian itu tidak lain dan tidak bukan sebagai peningkat iman dan darjat..iman dan darjat diupgradekn dengan elimination dosa-dosa kita..bukankah doa kita setiap hari adalah istighfar?maka tanpa perlu berdoa dan meminta,Allah telah sudi membersihkannya dgn menghadirkan ujian-ujian..blog kali ni memang khas utk SARAH SAIDIN..sebab dia membuka mata org lain..ujian itu hakikatnya begitu indah..kerana ia menjadikan kita mahal dan sangat berharga..


Allah menguji hambaNya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang keluar emas yang murni yakni tulen. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang ke luar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah.

(HR. Ath-Thabrani)

pemilik blog berkongsi dengan kita tentang perjuangan dia menghadapi ujian tu,,"kata nak baik kan?" ayat yang dia selalu ulang..dia ulang-ulang matlamat dia yang ingin dicapai iaitu sihat..jadi apa pun yang perlu dihadapi maka kena hadapi..walaupun ia sangat sakit..sumenye tentang ujian baru yang dia hadapi,treatment sebagai ikhtiar yang dia sedang jihadkan serta macam mana dia menceriakan dan mempositifkan diri dia semula..u dont read it through ur mind,but u read it with ur heart..the way she implement it on her life cud be applied by everyone yang rase dunia ni sesak..kerja ni susah...


Rasulullah saw bsabda: Dunia ni bagaikan penjara bagi orang-orang mu'min dan sebagai syurga bagi orang-orang kafir.
Hr Muslim
penjara kerana ia bukan tempat kesenangannya,sebab ia rindu pada yang lebih puas,lebih sempurna dan dunia tidak memiliki sifat sempurna..jadi ia penjara yang sesak..bila bebas dari dunia ni barulah akan merasa bahagia..



Apabila Allah menyenangi hamba maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya).
(HR. Al-Baihaqi)

jadi jangan lemah seperti carrot yang direbus,kerana ujian adalah tanda anda disenangi Allah,keluhan anda ingin didengariNya,seolah-olah anda dizoom dan difokuskan oleh suatu pihak yang sangat berpengaruh dan penting..

jangan hati menjadi keras seperti telur yang direbus,kerana ujian seharusnya melembutkan hati,menjadikan ia lebih sensitif,kaya dengan kesabaran dan sangat alert dengan kebajikan orang lain..ia menjadikan hati anda lebih bersih dan mudah menyayangi dan menghargai nikmat2 Allah..

biarlah ujian itu menghasilkan the best of u seperti kopi yang didihkan di dalam air,ia mengeluarkan aromanya dan berada di kualiti terbaik pada suhu 100'c..


Apabila Aku menguji hambaKu dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar maka Aku ganti kedua matanya dengan syurga.
HR. Ahmad 

saya nak masukkan gambar cik sarah saidin ni tapi saya tak dapat wat keputusan antara dua gambarnya,jadi saya masukkan dua2..senang..habis cerita..

see how sempoi she is



 "Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa." 
Hadis Qudsi

"Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya : Dan bagi kamu apa yang kamu minta untuk saudaramu" (HR Muslim

p/s: sarah,if u read dis,emm i'm sorry sebab upload gmbr tnpa izin..but the pics are awesome...so,u x blh mrh..

9 comments:

  1. Ur writing really touch my heart! Tak sangka ada org yg begitu prihatin sampai mcm ni skali. Tujuan utama saya menulis blog akudanlymhoma tu adalah sbg kenangan idup saya yg paling bermakna dan juge sbg AWARNESS kpd pembaca d luar terhadap penyakit supaya bertindak lebih awal demi mencegah sebelum terlambat tidak kira ape pun penyakit. Tp x sangka empunya blog ni tlah menghayati lebih dari yg spatutnye.. pape pun saya bersyukur kerana tulisan saya telah pun mencapai target!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2 teringatvkak sarah bukak ig ternampak kak sarah punye blog...semoga kak sarah aman disisinye..terkilan sgt xdpt jumpe kak sarah...

      Delete
    2. tiba2 teringatvkak sarah bukak ig ternampak kak sarah punye blog...semoga kak sarah aman disisinye..terkilan sgt xdpt jumpe kak sarah...

      Delete
  2. as i said before,we will nt write nor talk just to express ourselves,but to give left smtg good so others cud learned..ppl may died,their body will leave nothing,but their good words will never stop beating

    ReplyDelete
  3. best story :) get well soon k.sara ... i know. u r strong woman.. and Jundi allah, ur writing touch my heart too.. :)

    ReplyDelete
  4. Jundi Allah sebak akak baca blog ni...sbb akak sungguh berminat baca ttg cik Sarah Saidin yg kuat semangat.....dan berkat kesabaran dan semangat cik sarah, dia bebas dr penyakit yg dialami oleh nya. Allah bg ujian kpd org2 yg Dia syg.....Rehdo lah.....

    ReplyDelete
  5. Hi .. Just to share .. Sarah Saidin just past away Yesterday at 4++ am .. AlFatihah ..

    ReplyDelete