Monday, March 28, 2011

Bahtera pertolongan itu hanya belayar di sungai baraqah

Dengan nama Allah yang Ar Rahman Ar Rahim...

Manusia sering berhempas pulas mengejar apa yang dicintai..Dalam satu movie batman,ada satu kata-kata yang terus me"refresh"kan semula erti menjadi seorang muslim pada diri saya:
"What you do,defines who you truly are."


Perbuatan kita menentukan nilai diri kita yang sebenar..

Siapa kita?Dari mana kita datang dan Kemana kita hendak tuju? 3 persoalan yang pasti akan menerjah ruang fikiran setiap manusia tidak mengira kepercayaan atau budaya..Syukur yang tidak terhingga dipilih oleh Allah untuk lahir sebagai seorang muslim..Syukur yang menggunung apabila dipilih oleh Allah memikul beban risalah ini..

Di medan tarbiyah inilah saya mengenal erti sabar,cinta dan taqwa..Tidak pernah saya bersusah seperti mana saya bersusah di medan ini..Tidak pernah saya bersabar menghadapi ragam manusia seperti saya bersabar di medan ini..Tidak pernah saya mengenal kelazatan cinta illahi seperti yang saya rasai ketika di dalam medan ini..Kelazatan iu lahir dari kenikmatan sesuatau yang dicintai..Dan tiadalah kenikmatan yang lebih lazat dari merasa kehadiran Allah disisi..merasakan seolah-seolah melihat Dia sedang melihat kita..Dan alangkah indahnya andai saya dapat seolah-olah melihat senyuman dalam pandanganNya terhadap saya..Dalam cemuhan manusia saya menemui ketenangan..Dalam keterasingan dunia,saya tidak merasa kesepian..Namun ketika iman jatuh merudum,maka itulah kesengsaraan yang sangat membebankan..Kelazatan cinta hanya mampu diteguk oleh orang yang bercinta..Tidak ada kata-kata yang dapat dianyam untuk menzahirkannya,seperti mana kata-kata tidak mampu menzahirkan keindahan pelangi bagi si buta..Kerinduan kepada pertemuan dengan cinta sejati yang hanya menyiksa mereka yang mengerti hakikat rindu..Di kala itulah,maut didambakan kerana hanya itulah pintu kepada pertemuan..Dunia ini jika tidak memenatkan maka ia bukan digelar dunia kerana kerehatan itu hanyalah sesudah maut menjelma..Alangkah beruntungnya mereka yang mendapat husnulkhatimah..Pasti sekarang mereka sedang beristirehat dari hiruk pikuk dan penjara dunia yang menyesakkan.. 

Benar seperti ilmuan mengatakan,"hidayah itu datang pada setiap masa, kebanyakan manusia yang sering menolaknya."  Medan tarbiyah ini mengajar saya mengenal pasti ketibaan hidayah..Tiada pesantren yang lebih baik dari pesantren dakwah dan tarbiyah ini..Ini satu-satunya gelanggang yang mengajar anda tentang keajaiban iman,kamu akan bersabar dengan ujian yang menyakitkan dan akan bersyukur dengan ujian yang penuh dengan kenikmatan..Gelanggang ini juga yang akan mengajar kamu satu perkara yang sangat besar iaitu kejayaan dan kegagalan kamu adalah bergantung kepada ikatan kamu dengan Allah..Maka apa lagi yang lebih hebat dari itu?Apa lagi yang lebih bernilai dari itu?Itulah satu-satunya cara kita akan menggapai ihsan lalu dapat meraih mardhatillah...Apa lagi yang lebih penting apabila kamu merasakan seolah kamu melihat Allah atau paling busuk pun kamu merasa yang He is watching you???


Kita sering tertanya-tanya..Malah kita mengagumi kehebatan generasi generasi terdahulu yang sentiasa meraih kemenangan dengan bilangan mereka yang sangat sedikit dan kelengkapan yang sangat kurang berbanding tentera-tentera musuh yang kafir..Sultan Muhammad Al Fateh telah menunjukkan kehebatan beliau dan jundunya yang mampu memindahkan sebuah kapal  melalui bukit bukau dalam 4 minit sahaja..Iaitu 70 buah kapal dalam masa 4 jam..Lalu Constantinople milik kita..Sultan Salehuddin Al Ayubi membuktikan pada kita bahawa beliau masih mampu menang walau telah dikepung oleh the crusades dari segenap penjuru..Skala pertolongan yang turun dari langit ini tidak dapat kita ukur.

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,”Bahkan jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.[3:124-126]

Masih segarkah di minda kita tentang syarat-syarat yang dikenakan oleh dua sultan yang hebat ini untuk memilih tenteranya bagi berjuang bersama-sama?Panglima Thariq bin Ziyad juga menggunakan syarat yang sama..Bukan berapa banyakkan musuh yang telah dipancung,bukan juga berapa pantaskah hayunan pedang,tidak juga berapa precise kecekapan memanah..Tetapi berapa istiqamahnya menjaga amal-amal yang mendekatkan individu itu dengan penciptanya..Kerana ikatan yang kukuh antara hamba dan Rabbnya lah yang akan mengalirkan sungai keberkahan dan hanya di sungai inilah belayarnya bahtera pertolongan-pertolongan dari langit.. 

Masih segarkah kita tentang bayaran mahal yang terpaksa dibayar oleh para sahabat ketika perang uhud kerana mengenepikan perkara yang bernama baraqah?Mengenepikan Rasulullah saw adalah mengenepikan baraqah..Menegenepikan syura adalah mengenepikan baraqah..Maka Allah mengtarbiyah mereka dengan bayaran jiwa-jiwa sahabat-sahabat yang terutama..Bayaran yang sungguh mahal lagi iaitu melihat Rasulullah yang dicinta luka parah..Gadaikanlah nyawa ini walau 10 hayat yang diulang tapi setitis darah baginda saw adalah jauh lebih menyiksakan..

Dakwah yang kita usahakan berderai tidak lain tidak bukan adalah Allah berbicara dengan kita untuk memuhasabahkan baraqahNya yang terputus..Program kita hancur tiada peserta juga prbicaraan Allah kepada kita tentang baraqahNya yang kering..Larinya mad'u-mad'u kita juga teguran Allah kerana merasa hebat pada usaha yang terlahir atas izinNya..Maka bermuhasabahlah..Selagi kualiti dakwah ini tidak kita pelihara maka Allah akan memelihara ia dengan menghidupkan dan menggantikan dakwah lain yang mengalir padanya sungai baraqah.. 

Namun,jangan pernah kita merasa lemah dan berputus asa..kerana tiada yang lebih baik jaminannya dari jaminan Allah swt..tidak mungkin itu semua tanda kebencian..Tidak mungkin itu semua tanda kita ditinggalkan..Kerana Allah telah berfirman:

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak pula benci kepadamu." [93:3]

Itulah tanda cinta Allah kepada kita..Tanda kita masih di"zoom"Nya..ucaplah kesyukuran kepadaNya untuk cinta yang tidak pernah bertepi..roger n out..

No comments:

Post a Comment